135 lagi kematian Covid-19 - Utusan Malaysia

135 lagi kematian Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan peningkatan kes positif Covid-19 melebihi 8,000 iaitu 8,868 kes berbanding semalam, 7,097 kes sekali gus mengatasi kes sembuh iaitu 5,802 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 135 kes kematian dicatatkan dengan 952 kes di unit rawatan rapi (ICU) selain 445 kes memerlukan bantuan pernafasan dan 77,275 kes aktif.

Katanya, Selangor terus menjadi penyumbang terbesar apabila merekodkan sebanyak 4,152 kes diikuti Kuala Lumpur (1,133), Negeri Sembilan (897), Perak (543), Kedah (360), Johor (336), Sarawak (281), Sabah (279) dan Pulau Pinang (237).

“Tiga negeri merekodkan kes di bawah 200 iaitu Melaka (183), Pahang (152) dan Kelantan (135).

“Hanya dua negeri dan dua Wilayah catat kes di bawah 100 iaitu Terengganu (68), Labuan (64), Putrajaya (47) dan Perlis hanya satu kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya