PUTRAJAYA: Malaysia terus merekod kes positif Covid-19 melebihi 10,000 kes iaitu 10,972 kes sekali gus mengatasi kes sembuh iaitu 6,439 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 129 kematian dicatatkan dengan 915 kes di unit rawatan rapi (ICU) selain 435 kes memerlukan bantuan pernafasan dan 128,997 kes aktif.
Katanya, Selangor terus menjadi penyumbang terbesar apabila merekodkan sebanyak 4,404 kes diikuti Negeri Sembilan (1,340), Johor (876), Kedah (705), Sabah (651), Kuala Lumpur (609), Pahang (475), Melaka (474), Pulau Pinang (426), Perak (324) dan Sarawak (301).
“Dua negeri mencatatkan kes di bawah 200 iaitu Kelantan (170) dan Terengganu (144).
“Dua wilayah pula, mencatatkan kes dua angka, Putrajaya (48) dan Labuan (24) manakala Perlis, hanya satu kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.