TOKYO: Penantian selama 11 tahun berbaloi bagi Lucas Guillermo Saucedo apabila atlet lawan pedang Argentina, Maria Perez Maurice akhirnya menerima lamaran jurulatihnya itu.
Saucedo pernah membuat percubaan pertamanya ketika di Kejohanan Dunia 2010, namun ia ditolak Maurice.
Bagaimanapun selepas Maurice tersingkir daripada Sukan Olimpik 2020 Tokyo menerusi acara sabre indovidu wanita, jurulatihnya itu terus melamarnya di depan kamera.
Saucedo dilihat memegang kertas dengan bertulis ‘Sudikah anda akan berkahwin dengan saya?’ ketika Maurice sedang ditemubual oleh media.
Y después del combate de esgrima le pidieron casamiento a María Belén Pérez Maurice en vivo. pic.twitter.com/wEmGuOW7CB
— Rústico (@lautarojl) July 26, 2021
“Saya sudah terlupa segalanya. Semestinya saya katakan ya.
“Ketika itu media menyuruh saya untuk menoleh ke belakang dan saya terkejut dia sedang memegang kertas bertulis.
“Kemudian saya terlupa semuanya. Saya seperti ‘Oh Tuhan’. Kami sangat gembira. Kami memiliki hubungan yang sangat baik.
“Sudah tentu, kami ada bertengkar, tetapi kami saling menikmati masa ketika bersama.
“Kami sangat mencintai satu sama lain, dan kami ingin menghabiskan hidup kami bersama,” katanya.
Terdahulu, Maurice, yang menduduki ranking ke-27 dunia tewas 15-12 kepada Anna Marton dari Hungary di Makuhari Messe Hall sekali gus ‘menutup kedai’ dalam penampilan ketiganya pada Sukan Olimpik.- AGENSI