PETALING JAYA: Jangkitan Covid-19 hari ini dilaporkan meningkat kepada 10,972 kes berbanding jumlah yang dicatatkan semalam, 10,710 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah yang dicatatkan di Selangor masih lagi tinggi iaitu 4,404 kes diikuti Negeri Sembilan dengan 1,340 kes selain Johor, 876 kes.
Berikut pecahan kes setiap negeri:
Selangor – 4,404
WPKL – 609
Johor – 876
Sabah – 651
Sarawak – 301
Negeri Sembilan – 1,340
Pulau Pinang – 426
Kelantan – 170
Kedah – 705
Perak – 324
Melaka – 474
Pahang – 475
Terengganu – 144
WP Labuan – 24
WP Putrajaya – 48
Perlis – 1