Zamri kongsi pengalaman 24 tahun bersama Harussani

Zamri kongsi pengalaman 24 tahun bersama Allahyarham Harussani

ZAMRI HASHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim yang ber­khidmat 24 tahun bersama Tan Sri Harussani Zakaria berkongsi pengalaman beliau mengenai sikap tegas serta konsisten Allah­yarham Mufti Perak itu dalam pelbagai isu melibatkan kepentingan agama dan orang Islam.

Menurut Zamri, paling ketara ialah Allahyarham seorang yang tegas dalam mempertahankan akidah umat Islam.

Katanya, ini diperlihatkan oleh Harussani dalam isu murtad apabila menyifatkan ia sebagai virus paling bahaya yang tidak boleh diletakkan sebagai persoalan peribadi dan keperca­yaan konflik sahaja.

“Allahyarham juga merupakan seorang tokoh, ulama yang memperjuangkan perpaduan umat Islam khususnya orang-orang Melayu sehingga saat akhir kehidupannya,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Zamri berkata, Harussani ju­ga seorang ulama yang sentiasa melihat peri pentingnya mempertahankan institusi diraja sebagai penaung kepada penjaga­an agama Islam.

“Allahyarham juga mempertahankan identiti negara ini sebagai sebuah negara Islam wa­laupun mengakui masih ada kelemahan-kelemahan yang per­lu diperbaiki,” katanya.

Menurutnya, kelantangan Ha­russani yang berpegang teguh kepada prinsip asas membela Islam menyebabkan ada segelintir pihak yang menyifatkan beliau sebagai tokoh kontroversi.

Katanya, ini kerana apabila bercakap mengenai Islam, Allahyarham menjauhkan diri da­ripada bercakap dalam kerangka politik kepartian kerana Allahyarham memegang prinsip politik di dalam Islam lebih luas berbanding politik kepartian.

“Allahyarham seorang tokoh yang tidak pernah jemu mengusahakan penyatuan umat Islam khususnya umat Melayu sebagai majoriti bangsa yang beragama Islam di negara ini.

“Untuk tujuan ini beliau tidak jemu menemui tokoh-tokoh da­ripada pelbagai pihak,” katanya.

Harussani, 82, meninggal dunia pada 30 Mei lalu setelah dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini kerana positif Covid-19. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya