Zaiton Sameon dalam jelmaan Mafarikha - Utusan Malaysia

Zaiton Sameon dalam jelmaan Mafarikha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SATU KETIKA dahulu, lagu berjudul Kabut Serangkai Mawar pernah menjadi siulan ramai seiring populariti penyanyinya, Zaiton Sameon yang merupakan antara artis prominen di era 80-an.
Selepas lebih tiga dekad, siapa sangka lagu tersebut menjadi pilihan penyanyi generasi muda untuk diangkat semula dengan suntikan nafas baru buat pendengar era kini.

Tanggungjawab itu diperankan oleh Mafarikha Akhir, penyanyi bersuara lantang yang tidak dinafikan, memiliki kelebihan tersendiri sejak meniti bidang muzik dan nyanyian 11 tahun lalu.
Berkongsi kisah mengenai pembabitannya menerusi lagu klasik tersebut, kata wanita berusia 29 tahun ini, dia berdepan dengan cabaran ketika menyanyikan semula lagu ini yang dihasilkan secara langsung.

“Saya paling risau sebab kena nyanyikan secara langsung. Selain itu, saya juga mengambil tempoh yang lebih panjang untuk rakam lagu ini berbanding lagu yang pernah saya nyanyikan sebelum ini

“Kalau diikutkan, ini antara lagu paling susah saya pernah nyanyi kerana bila tempo sudah diturunkan, kita kena sustain note tu lebih lama. Mungkin pada bahagian klimaks dan korus yang terakhir kerana memiliki gelombang tinggi rendah yang perlu saya hasilkan,”katanya.

Sementara itu, bercerita mengenai Zaiton Sameon sendiri, anak kelahiran Ipoh, Perak ini sedar penyanyi itu cukup hebat ketika zaman kegemilangannya sehinggakan kalau ditanya pada para ibu, perihal itu akan diiyakan oleh mereka.

“Kalau nak cakap minat, mak saya lagi minat dengan Zaiton Sameon. Menaruh Harapan pasti menjadi antara lagu paling kegemaran mak-mak kita. Dari situ saya tahu tentang siapa penyanyi ini.
“Belum pernah jumpa dia secara peribadi. Tetapi cerita Zaiton Ceritaku yang dipaparkan dalam filem sebelum ini adalah antara cerita yang saya paling suka.

“Dia bagi saya sememangnya seorang legenda,”katanya.

Jangan bandingkan

Sedar bahawa mungkin ada pendengar yang akan membanding-bandingkan cara nyanyiannya dengan Zaiton ketika era kegemilangannya, Mafarikha yang bernaung di bawah Luncai Emas berharap bukan itu yang menjadi titik fokusnya.

Kata penyanyi ini, apa yang penting penjiwaan terhadap lagu itu yang dibawakan dengan caranya tersendiri selain intipati lagu itu yang tentunya lebih menyentuh perasaan.

“Penji­waan datang daripada penga­laman hidup yang saya jarang berkongsi. Bila kita gembira kita akan menikmati sesebuah lagu itu dan begitu juga semasa kita sedang bersedih yang mana biasanya, kita akan fahamkan lirik.

“Saya fahamkan lirik dan buat sedikit kajian tentang lagu ini, kebetulan lebih kurang dengan situasi yang saya pernah lalui. Penjiwaan itu lebih utama, bukan cara nyanyian yang perlu menjadi perdebatan,” katanya.

Selain itu, Mafarikha juga menyimpan hasrat agar menerusi usahanya ini, ia dapat mengingat­kan generasi baru tentang kegemilangan karya-karya lama yang penuh puitis dan banyak menyentuh perasaan.

“Ia tentunya mempunyai kelainan apalagi menerusi susunan yang lebih moden. Kalau boleh tak usah banding-bandingkan, biarlah kedua-dua versi pun boleh diingati,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya