Zahid perlu dedah siapa MP UMNO tandatangan SD sokong Awar - Utusan Malaysia

Zahid perlu dedah siapa MP UMNO tandatangan SD sokong Awar

ZAHIDI ZAINUL ABIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA:  Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi perlu menjelaskan siapa antara ahli Parlimen UMNO yang menandatangani dokumen atau akuan bersumpah (SD) untuk memberikan sokongan agar Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.

Ketua UMNO Bahagian Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, ini bagi membolehkan UMNO mengambil tindakan disiplin di atas perbuatan ahli Parlimen UMNO itu.

Apatah lagi, kata beliau, perkara itu adalah bertentangan dengan keputusan Majlis Tertinggi (MT) dan persetujuan sebulat suara perwakilan ketika Perhimpunan Agung UMNO lalu yang menetapkan dasar No Anwar, No DAP.

“Siapa yang tandatangan sokong Anwar itu dia tidak selari dengan keputusan MKT, jadi siapa yang tandatangan itu boleh ambil tindakan disiplin ke atasnya.

“Ahmad Zahid juga kena dedahkan siapa yang tandatangan dokumen itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

AHMAD ZAHID HAMIDI

Semalam, Zahidi yang juga Ahli MKT UMNO menggesa pemilihan disegerakan supaya Ahmad Zahid dapat mengubah keputusan parti yang sebelum ini menolak kerjasama dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, ini kerana presiden parti dan sekutunya masih meneruskan kerjasama dengan Anwar.

Sementara itu, Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim turut mendedahkan seorang Ahli Parlimen daripada UMNO mengaku beliau menandatangani dokumen sokongan untuk Anwar Ibrahim dilantik menjadi perdana menteri.

Shahidan berkata, ahli Parlimen itu memberitahunya beliau menandatangani dokumen sokongan itu pada 7 Jun lalu di hadapan Anwar dan Ahmad Zahid serta seorang individu kenamaan. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya