PETALING JAYA: Pelakon jelita, Datin Lisa Surihani, mengumumkan nama anak ketiganya kepada semua, hari ini.
Menerusi perkongsian di Instagram Lisa, dia memilih nama Yunos Laith buat anakanda yang baru berusia tujuh hari itu bersempena nama salah seorang nabi.
“Kami ingin memperkenalkan Yunos Laith Bin Yusry, dia kini berusia tujuh hari. ‘Yunos’ adalah nama salah seorang nabi kita.
‘Seterusnya, ‘Laith’ pula bermaksud berani seperti singa. Kami sangat menyayanginya. Dia dilahirkan pada 15 Jun yang juga merupakan hari lahir bapanya.
“Alhamdulillah, terima kasih semua kerana mendoakan dan mengucapkan selamat maju jaya,” katanya.
Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, rata-rata warganet dan rakan selebriti memberi ucapan tahniah buat pasangan tersebut atas kelahiran anak ketiga mereka.