Yang Dipertua Dewan Rakyat, Dewan Negara tiba di Istana Negara - Utusan Malaysia

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Dewan Negara tiba di Istana Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun dan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr. Rais Yatim dilaporkan tiba di Istana Negara bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pagi ini.

Pihak polis yang mengawal keselamatan di Pintu 2 Istana Negara memaklumkan Azhar Azizan dikatakan masuk ke Istana Negara melalui Pintu Utama kira-kira pukul 9.30 pagi tadi disusuli Rais.

Kira-kira sejam kemudian, sebuah kereta jenis Toyota Camry berwarna hitam dipercayai membawa Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd. Rashid Hasnon tiba di Pintu 2 Istana Negara.

Speaker Dewan Negara, Dewan Rakyat dan timbalannya sebelum ini dijemput menghadap Seri Paduka pada pukul 11 pagi hari ini dipercayai bagi membincangkan hal berkaitan persidangan Parlimen.

Istana Negara pada hari ini sekali lagi menjadi tumpuan selepas beberapa pemimpin parti politik dalam Dewan Rakyat dipanggil awal bulan lalu bagi menghadap Seri Paduka.

Susulan selesai Sesi Perbincangan Khas antara Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu, Seri Paduka menzahirkan pandangan sesi Persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin bagi membolehkan Ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara dibahaskan ahli Dewan Rakyat.

Titah Seri Paduka, Parlimen yang berperanan sebagai satu platform penting untuk wakil rakyat bersidang bagi membincangkan pelbagai isu khususnya berkaitan penularan wabak Covid-19. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya