Warganegara Bangladesh maut dilanggar traktor - Utusan Malaysia

Warganegara Bangladesh maut dilanggar traktor

SEORANG pekerja ladang warganegara Bangladesh maut selepas dilanggar sebuah traktor yang menggelongsor ke belakang dalam kejadian di sebuah ladang pertanian di Kilometer 29 Jalan Kuala Klawang-Genting Peras, Jelebu. - FOTO/IHSAN POLIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JELEBU: Seorang pekerja ladang warganegara Bangladesh maut setelah dilanggar sebuah traktor yang menggelongsor ke belakang dalam kejadian di sebuah ladang pertanian di Kilometer 29 Jalan Kuala Klawang-Genting Peras dekat sini pagi tadi.

Dalam kejadian pukul 8.45 pagi itu, mangsa yang maut dikenali sebagai Md. Nur Zamal, 33, yang berada di ‘bracket’ traktor tersebut.

Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superintenden Maslan Udin berkata, kejadian berlaku ketika traktor tersebut yang dipandu seorang lelaki tempatan berusia 33 tahun ingin ke tapak pertanian dengan melalui cerun lereng bukit untuk menghantar racun bersama seorang pekerjanya iaitu mangsa yang berada di belakang.

“Bagaimanapun, semasa mendaki bukit berkenaan, enjin jentolak berkenaan tiba-tiba tidak berfungsi dan menggelongsor ke belakang.

“Pada masa yang sama, penumpang tersebut melompat keluar lalu tidak sempat mengelak dan telah dilanggar oleh jentolak berkenaan. Akibat kemalangan, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala serta badan dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Maslan, bedah siasat akan diadakan pada pada pukul 10 pagi esok di Hospital Jelebu.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya