Wanita positif Covid-19 meninggal dunia di rumah - Utusan Malaysia

Wanita positif Covid-19 meninggal dunia di rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Seorang wanita yang disahkan positif Covid-19, meninggal dunia selepas ditemukan tidak sedarkan diri oleh anak saudaranya di sebuah bilik di Rumah Rakyat Sungai Layang, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.00 pagi itu, mangsa berusia 56 tahun, disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik yang dilengkapi pakaian peralatan perlindungan diri (PPE) yang tiba di lokasi kejadian sejurus selepas menerima panggilan.

Ketua Polis Daerah Rembau, Pemangku Deputi Superintenden, Hazri Mohamad berkata, mangsa tinggal bersama kakak, dua orang anak saudara dan dua orang cucu saudara yang sedang menjalani kuarantin kendiri sejak 5 Jun lalu.

Ia selepas salah seorang anak saudaranya merupakan kontak rapat hasil kluster industri sebuah kilang di Nilai.

“Anak saudaranya berusia lingkungan 20-an disahkan positif Covid-19 pada 19 Jun lalu dan dijadualkan bakal dibawa ke sebuah pusat kuarantin di Port Dickson. Ahli keluarga yang lain pula diarahkan hadir ke Klinik Kesihatan Rembau untuk menjalani ujian calitan serta dipakaikan gelang merah jambu.

“Bagaimanapun, selepas mengetahui salah seorang ahli keluarga positif Covid-19, kesemua ahli keluarga itu telah melakukan ujian calitan di sebuah klinik swasta dan hanya mangsa disahkan positif Covid-19,” katanya di sini hari ini.

Hazri berkata, mangsa kemudiannya diasingkan di dalam sebuah bilik lain setelah memperoleh keputusan tersebut.

Menurutnya, mangsa tidak mempunyai sebarang penyakit kronik namun mangsa merupakan orang kurang upaya (OKU) jenis mental dan mempunyai kad OKU.

“Pemeriksaan pada tubuh badan mangsa tidak menemukan sebarang kesan pergelutan atau kecederaan. Ujian calitan sekali lagi dijalankan oleh pihak Klinik Kesihatan Rembau dan didapati mangsa positif Covid-19,” katanya.

Tambahnya, mayat mangsa diserahkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Rembau bagi urusan pengebumian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya