Wales buat Turki 'gigit jari' - Utusan Malaysia

Wales buat Turki ‘gigit jari’

AARON Remsey berjaya membuka tirai jaringan buat Wales ketika pasukannya menundukkan Turki 2-0.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAKU, Azerbaijan : Wales berjaya melakar kemenangan 2-0 ke atas Turki dalam aksi kedua kumpulan A Euro 2020 di Stadium Olimpik Baku, sebentar tadi.

Skuad kendalian Rob Page yang diketuai pemain bertaraf bintang seperti Gareth Bale dan Aaron Ramsey mempamerkan gandingan cukup baik apabila sering memberi ancaman kepada benteng Turki.

Ramsey yang kini bersama kelab Juventus dihidangkan dua peluang keemasan untuk menjaring gol namun gagal untuk mengatasi penjaga gol Turki, Ugurcan Cakir.

Begitupun, peluang kali ketiga yang di perolehi Ramsey menerusi umpanan cantik Bale pada minit ke-42, tidak lagi dipersiakan untuk meletakkan The Dragons mendahului 1-0 pada babak pertama.

Bersambung babak kedua, Turki mula memperkemaskan corak permainan dan berusaha keras untuk mencari gol penyamaan namun terus buntu untuk menembusi benteng Wales.

Sebaliknya, Wales berpeluang menggandakan jaringan selepas dihadiahkan sepakan penalti apabila Bale dijatuhkan oleh pertahanan Turki, Zaki Celik pada minit ke-61.

Namun, peluang itu gagal disempurnakan Bale apabila rembatan derasnya jauh tersasar melepasi palang gol.

SEPAKAN penalti yang diambil Gareth Bale menyaksikan bola melambung tinggi melepasi palang.-AFP

Ketika perlawanan memasuki masa kecederaan, Wales berjaya menambah gol dan kali ini menerusi Conor Roberts yang bijak menyudahkan peluang terhidang sekali gus menghadiahkan Turki kekalahan kedua berturut-turut.

“Kami berada di tahap prestasi terbaik dan berjaya meraih empat mata setakat ini.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada peminat. Saya yakin jutaan peminat akan meraikan kemenangan malam ini,” kata Bale.

 

PEMAIN-pemain Turki kecewa dan sedih selepas mengalami kekalahan kedua dalam aksi kumpulan A.- AFP

Dalam pada itu, kekalahan kedua Turki ini bakal menyaksikan pasukan itu hampir pasti tidak mempunyai peluang mara ke pusingan kalah mati.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya