ASSEN: Pelumba Yamaha Maverick Vinales akan memulakan perlumbaan Grand Prix (GP) Belanda di petak utama selepas mendominasi ketiga-tiga latihan bebas dan ujian masa.
Pelumba Sepanyol itu, mencatat masa terpantas dalam ketiga-tiga sesi latihan bebas dengan catatan masa 1 minit 31.814 saat (s).
Rakan sepasukannya dari Perancis dan juga pendahulu keseluruhan, Fabio Quatararo mencatat masa kedua terpantas dengan perbezaan 0.071s, manakala pelumba Itali dari Ducati, Francesco Bagnaia di kedudukan ketiga (+0.302s).
Keputusan itu merupakan satu kebangkitan menakjubkan buat Vinales yang menamatkan perlumbaan di tempat terakhir minggu lalu di GP Jerman.
Pelumba berusia 26 tahun itu, jelas menikmati perlumbaan di litar yang terkenal dengan gelaran Temple of Speed, selepas muncul juara di lokasi yang sama pada 2019. – AGENSI