Penggunaan VAR berkesan: 14 sepakan penalti dipertahankan

VAR: 14 sepakan penalti dipertahankan

PENGADIL Itali, Daniele Orsato memeriksa VAR sebelum memberikan penalti semasa perlawanan bola sepak Kumpulan E antara Sepanyol dan Poland baru-baru ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Kewajaran penganu­ge­rahan sepakan penalti yang ba­­nyak dalam Euro 2020 dipertahankan berikutan keberkesanan penggunaan teknologi VAR berbanding pemberian biasa yang dibuat sebelum ini.

Dalam Euro kali ini, sebanyak 14 sepakan penalti diberikan ketika perlawanan peringkat kumpulan dan jumlah itu adalah dua kali lebih banyak dalam keseluruhan temasya Euro 2016.

“Penggunaan VAR lebih tepat berbanding sebelum ini apabila banyak kesilapan dalam petak penalti yang pengadil terlepas pandang.

“Sekarang ini, mustahil untuk pengadil terlepas setiap kesila­pan termasuk pemain terpijak kaki lawan dalam kotak penalti apabila VAR boleh diakses de­ngan mudah,” kata Ketua Penga­dil UEFA, Roberto Rosetti.

Kata bekas pengadil Serie A itu, sebelum ini banyak kesalahan pemain pijak kaki lawan dikenakan hukuman sepakan penalti, tetapi banyak silap. Justeru dia mahu meletakkan had bagi pemberiannya.

“Sepakan penalti adalah aspek penting dan serius dalam per­lawanan. Kami mahu penal­ti diberikan secara adil, bukan de­ngan sewenang-wenangnya. Kami mahu lihat dengan jelas aksi dan kesalahan yang dilakukan oleh pemain pertahanan,” te­gasnya.

Sehubungan itu, Rosetti turut menjelaskan sepakan penal­ti yang tidak diberikan kepada pasukan England selepas kaki penyerangnya, Raheem Sterling dipijak pemain pertahanan Scot­land dalam kotak penalti kerana sentuhan yang berlaku adalah terlalu kecil.

Justeru, pengadil dari Itali itu menghargai penggunaan VAR dalam perlawanan Euro dan menganggap kaedah itu lebih pantas dan tidak mengganggu da­lam sebahagaian perlawanan.

“Kami tahu kelebihan dan had projek itu dan bukanlah sesuatu yang mudah. Kami juga tahu apa yang berlaku dengan negara lain yang tidak menggunakannya de­ngan betul,” tambahnya.

Salah satu inovasi yang dite­rapkan dalam Euro kali ini adalah menambah pasukan VAR ba­gi membantu mengenal pasti offside yang dipercayai melancarkan keputusan dibuat.

Setakat ini, sistem berkenaan membantu pengadil membuat 12 pembetulan termasuk tujuh pembetulan arah dan lima semakan atas padang yang melibatkan 179 semakan VAR secara keseluruhan dengan peratusan sebanyak 91.6 peratus. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya