UMNO nafi mesyuarat antara Presiden, menteri-menteri - Utusan Malaysia

UMNO nafi mesyuarat antara Presiden, menteri-menteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Tiada meeting, hanya khabar angin.”

Demikian penafian dibuat Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Mohd. Sumali Reduan dalam Twitternya berhubung khabar angin mendakwa satu mesyuarat berlangsung melibatkan antara Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan menteri-menteri daripada parti itu.

Memetik satu portal, mesyuarat itu dikatakan berlangsung pada pukul 3 petang di Ibu Pejabat UMNO pada hari ini.

Dakwa portal berkenaan, mesyuarat tersebut diatur secara mengejut oleh Menteri Kanan (Keselamatan) yang juga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dengan beliau dikatakan menghantar jemputan sejak petang semalam.

Setakat ini tiada makluman mengenai agenda yang akan dibincangkan, namun Ismail Sabri dikatakan akan mengadakan pra mesyuarat sebagai persediaan berjumpa Ahmad Zahid bagi menerangkan tujuan sebenar perjumpaan.

Sebelum ini satu khabar angin juga berlegar melibatkan parti itu apabila sepucuk surat pemecatan Ketua UMNO Bahagian Sembrong, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien sebagai ahli UMNO, namun ia dinafikan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya