UMNO, BN kurang calon muda - Pemuda Johor - Utusan Malaysia

UMNO, BN kurang calon muda – Pemuda Johor

MOHD. Hairi Mad Shah (kiri) mengedarkan bungkusan KFC selepas mengisi minyak secara percuma kepada penunggang motosikal anjuran Pemuda UMNO Johor di Taman Pelangi, Johor Bahru di Johor. - UTUSAN/KHAIRUL MOHD ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pemuda UMNO Johor mengakui kelemahan utama parti itu dan Barisan Nasional (BN) sebelum ini adalah kurangnya calon dalam kalangan orang muda yang diketengahkan ketika Pilihan Raya Umum (PRU).

Ketuanya, Mohd. Hairi Mad Shah berkata, perkara itu mustahak kerana perjuangan mereka turut melibatkan kepentingan generasi muda yang memainkan peranan besar dalam masyarakat.

Sehubungan itu, pihaknya berharap barisan kepimpinan tertinggi parti akan mengambil kira faktor berkenaan dalam penamaan calon bagi menghadapi PRU akan datang.

“Pentingnya ada muka baharu, kalau kita cakap UMNO atau BN, itulah satu kelemahan yang kita hadapi daripada dahulu sehingga hari ini.

“Jadi saya berharap di bawah kepimpinan Datuk Hasni Mohammad (Pengerusi UMNO Johor) dan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (Presiden UMNO), kemukakan calon muda agar apa yang diuar-uarkan selama ini bukan hanya wayang dan retorik semata-mata,” katanya ketika ditemui pada program Isi Minyak dan KFC Percuma anjuran Pemuda UMNO Johor di Taman Pelangi hari ini.

Sementara itu, ketika ditanya berkaitan calon daripada sayap parti tersebut, Mohd. Hairi berkata, pihaknya telah menyerahkan senarai nama calon yang dirasakan layak untuk diketengahkan kepada kepimpinan parti.

“Senarai nama calon telah saya serahkan sendiri kepada Pengerusi UMNO Johor dan Ketua Pemuda UMNO Pusat, jadi saya mohon pertimbangan mereka. Berapa banyak kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) itu terpulang namun biarlah seimbang, bukan semua orang muda tetapi campuran,” katanya.

Tambahnya, sekarang adalah masa terbaik untuk UMNO mengetengahkan calon muda kerana merasakan sokongan golongan itu terhadap parti berkenaan telah kembali.

“Dalam PRU lalu, sokongan diterima daripada golongan muda agak kurang, namun selepas itu sokongan mereka dilihat telah kembali, saya percaya mereka sedar bahawa pentadbiran BN adalah yang terbaik jika dibandingkan dengan Pakatan Harapan (PH) atau Perikatan Nasional (PN),” katanya.

Dalam perkembangan berasingan, Mohd. Hairi meminta UMNO mengambil pendirian untuk keluar daripada gabungan PN sekiranya kerajaan masih gagal mengadakan sidang Parlimen dengan segera seperti dititahkan Yang di-Pertuan Agong.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya