Ukraine kembali 'bernyawa' di Euro - Utusan Malaysia

Ukraine kembali ‘bernyawa’ di Euro

Andriy Yarmolenko membantu Ukraine meraih kemenangan 2-1 ke atas Macedonia Utara dalam aksi Kumpulan C, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUCHAREST: Ukraine menghidupkan peluang untuk ke saingan kalah mati Euro 2020 selepas menewaskan Macedonia Utara 2-1, sebentar tadi.

Dalam aksi itu, Andriy Yarmolenko dan Roman Yaremchuk masing-masing meledak jaringan kedua mereka dalam kejohanan itu selepas menjaringkan gol ketika tewas 2-3 kepada Belanda.

Keputusan itu meletakkan skuad kendalian Andriy Shevchenko dalam keadaan selamat untuk meneruskan saingan di kejohanan itu.

Ezgjan Alioski bertindak pantas melakukan rembatan susulan selepas sepakan penaltinya diselamatkan untuk Macedonia Utara merapatkan kedudukan pada minit ke-57.

Tetapi, Ukraine terlepas peluang untuk mendahului selesa apabila Ruslan Malinovskyi gagal menyempurnakan sepakan penalti.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya