Tutup pintu sebab dah habis kerja, nak pulang - Ismail Sabri 

Tutup pintu sebab nak pulang – Ismail Sabri 

GAMBAR Ismail Sabri menutup pintu yang dimuat naik menerusi Facebooknya tular dan mendapat lebih 70,000 tanda suka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas banyak spekulasi dan persoalan timbul menerusi gambar di laman Facebooknya semalam, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tampil memberi penjelasan.

Dalam sidang akhbarnya hari ini, beliau berkata, gambar tersebut menjelaskan situasi sebenar dan tidak membawa apa-apa maksud.

“Saya nak pulang sudah habis kerja, sebab itu tutup pintu,” katanya ringkas dalam sidang akhbar secara maya sempena Pelancaran Pembinaan Hospital Modular Covid-19 Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, di sini hari ini.

Dalam hantaran melalui Facebook itu, Ismail Sabri memuat naik gambar menunjukkan beliau sedang menutup pintu pejabatnya di Kementerian Pertahanan dengan kapsyen ‘Saya dah tutup pintu depan tapi…..’ itu menimbulkan pelbagai persoalan, terutama ketika negara sedang menjalani Sekatan Pergerakan Penuh bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Setakat ini, hantaran terbabit mendapat lebih 70,000 tanda suka dan lebih 13,000 perkongsian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya