Tular lelaki rebah di restoran, sah meninggal dunia akibat serangan jantung - Utusan Malaysia

Tular lelaki rebah di restoran, sah meninggal dunia akibat serangan jantung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lelaki yang rebah di sebuah restoran di Taman Sri Bintang, dekat sini petang semalam disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung.

Kejadian yang menimpa mangsa berusia 49 tahun itu tular dalam media sosial hari ini.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihaknya dimaklumkan terdapat kematian di restoran itu pada pukul 4 petang semalam.

Katanya, mangsa dikatakan datang ke restoran berkenaan untuk membungkus makanan dan minuman kira-kira pukul 3.30 petang.

“Bagaimanapun, semasa menunggu, mangsa tiba-tiba terjatuh dari tempat duduk dan tidak sedarkan diri.

“Siasatan di tempat kejadian mendapati mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan fizikal. Tiada unsur-unsur jenayah dikaitkan dengan mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Eng Lai berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan Hospital Kuala Lumpur.

Ujarnya, hasil bedah siasat dijalankan mangsa meninggal dunia akibat serangan jantung.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya