MILAN: Pertahanan Chelsea, Fikayo Tomori berpindah secara tetap ke AC Milan menerusi kontrak empat tahun dengan kelab itu.
Pemain berusia 23 tahun itu sebelum ini dipinjamkan pada Januari lalu dengan pilihan perpindahan secara tetap.
“AC Milan berbesar hati untuk mengumumkan perpindahan Oluwafikayomi Oluwadamilola Tomori daripada Chelsea secara tetap ke kelab ini.
“Pertahanan Inggeris yang membuat 22 penampilan dengan satu gol musim lalu akan beraksi bersama kelab ini sehingga 2025,” kata kelab itu dalam satu kenyataan.
Tomori yang dilahirkan di Kanada menyertai Chelsea pada 2016 tetapi gagal mendapat tempat dalam skuad Frank Lampard dan hanya membuat empay penampilan musim lalu sebelum mengambil keputusan berhijrah ke Itali.
Milan menamatkan saingan di kedudukan kedua Serie A musim lalu dan berjaya ke saingan Liga Juara-Juara sejak kali terakhir pada 2014.-AFP