Timbalan Menteri disiasat dakwaan sambut hari bapa - Utusan Malaysia

Timbalan Menteri disiasat dakwaan sambut hari bapa

GAMBAR yang tular dalam media sosial mendakwa sambutan Hari Bapa Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan di kediamannya di Sungai Ling di Maran, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARAN: Pejabat Kesihatan Daerah melakukan siasatan berhubung penularan gambar sambutan Hari Bapa oleh Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ismail Abd. Muttalib di kediamannya di Sungai Ling di sini.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Norzamri Abdul Rahman berkata, kertas siasatan dibuka Pejabat Kesihatan Daerah selepas mendapat arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) negeri.

“Polis menasihatkan orang ramai supaya tidak menganjurkan sebarang bentuk majlis atau perhimpunan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 dan sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) MKN sepanjang masa agar dapat memutuskan rantaian Covid-19,” katanya di sini hari ini.

Norzamri berkata, berdasarkan maklumat, gambar yang ditularkan berlaku pada 19 Jun lalu itu diambil oleh jurufoto Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang telah menghantar gambar itu ke dalam kumpulan WhatsApp untuk simpanan mereka.

Katanya, kehadiran perjumpaan itu terdiri daripada kakitangan kementerian dan Pejabat Parlimen Maran bertujuan penyediaan bungkusan barangan sumbangan bantuan kepada mangsa Covid-19.

Selain itu katanya, perbincangan dibuat tentang perancangan menggalakkan pendaftaran vaksin dalam kalangan masyarakat Orang Asli di Parlimen Maran.

Sementara itu, Ismail gagal dihubungi bagi mendapatkan penjelasan tentang kejadian yang tular berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya