Timbalan Ketua Polis Negara diketahui dua minggu lagi - Utusan Malaysia

Timbalan Ketua Polis Negara diketahui dua minggu lagi

HAMZAH Zainudin (kiri) mengatakan sesuatu kepada anggota SJR daripada Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam ketika mengadakan lawatan di SJR di Plaza Tol Bukit Jelutong, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Individu yang akan dilantik memegang jawatan Timbalan Ketua Polis Negara akan diketahui selewat-lewatnya dalam tempoh dua minggu lagi.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, perkara tersebut mempunyai prosesnya dengan nama yang dicadangkan akan diberikan terlebih dahulu kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Polis (SPP).

“Apabila SPP telah bersetuju, kita akan menghantar nama kepada Perdana Menteri sebelum mempersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, kemudian baharu boleh diumumkan.

“Bagaimanapun, kita menjangkakan dalam masa seminggu dua, insya-Allah,” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai kekosongan jawatan Timbalan Ketua Polis Negara.

Terdahulu, Hamzah mengadakan lawatan ke sekatan jalan raya (SJR) di Plaza Tol Bukit Jelutong di sini sempena pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh bermula hari ini.

Jawatan Timbalan Ketua Polis Negara kosong selepas Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani secara rasmi dilantik sebagai Ketua Polis Negara pada 3 Mei lalu bagi menggantikan Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Sebelum dilantik sebagai Ketua Polis Negara ke-13, Acryl Sani merupakan Timbalan Ketua Polis Negara yang dilantik pada 14 Ogos tahun lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya