BENGKULU: Seorang lelaki bertindak membunuh bekas bosnya selepas mengetahui mangsa telah merogol isterinya
Ini merupakan kes dendam kerana mangsa telah memperkosa isteri suspek sebanyak dua kali.
Menurut polis, mangsa pada mulanya minum arak di rumah suspek yang secara tiba-tiba ditikam di kaki.
Mangsa melarikan diri tetapi dikejar oleh suspek yang kemudian menikamnya sebanyak 13 kali hingga maut.
Suspek kemudiannya mengambil motosikal mangsa dan menggilis jasad yang sudah tidak bernyawa itu berulang kali sebelum melarikan diri.
Kejadian terbongkar apabila adik mangsa menarima panggilan telefon bahawa mangsa telah meninggal dunia lalu melaporkan kepada polis.