Tiga penduduk langgar PKPD dikompaun RM1,500 - Utusan Malaysia

Tiga penduduk langgar PKPD dikompaun RM1,500

ANTARA penduduk yang dikompaun kerana telah melanggar PKPD yang dilaksanakan di Mukim Tenglu, Mersing di Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MERSING: Tiga kompaun dikeluarkan ekoran terdapat penduduk yang ingkar melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang dilaksanakan di empat buah kampung di Mukim Tenglu, di sini.

Pegawai Daerah Mersing, Mohd. Radzi Mohd. Amin berkata, kompaun sebanyak RM1,500 setiap seorang itu dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) setelah individu terlibat melanggar prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Katanya, empat lokaliti di Mukim Tenglu iaitu Kampung Tanjung Genting, Kampung Benaung, Kampung Makam dan Kampung Sawah Datok dikenakan PKPD bermula kelmarin hingga 5 Julai ini.

“Semua penduduk Mersing terutama yang tinggal di kawasan PKPD perlu mematuhi perintah yang dilaksanakan itu. Namun, pihak polis telah mengeluarkan tiga kompaun terhadap tiga individu kerana melanggar PKPD yang dilaksanakan di mukim tersebut.

“Oleh itu orang awam diingatkan supaya tidak mengingkari perintah tersebut yang dilaksanakan dan perlu patuh kepada setiap SOP yang telah dikeluarkan bagi mengekang penularan wabak Covid -19,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd. Radzi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Mersing berkata, penduduk di empat lokaliti terbabit diminta untuk bertenang dan tidak panik serta mematuhi arahan duduk di rumah seperti ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Katanya, agihan sumbangan bantuan dan bekalan makanan akan diselaraskan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) melalui bilik gerakan PKPD yang berpusat di Pejabat Daerah Mersing.

“PDRM akan mengetuai hal berkaitan keselamatan dan penguatkuasaan yang akan dibantu oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia selain penglibatan pelbagai jabatan dan agensi lain termasuk MKN, Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor, Pejabat Daerah dan lain-lain.

“Oleh itu diminta kerjasama semua penduduk untuk mematuhi SOP yang ditetapkan agar kita dapat bersama-sama mengekang penularan wabak Covid-19 di kawasan itu,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya