Tiada pergolakan dalam Pas Terengganu  - Utusan Malaysia

Tiada pergolakan dalam Pas Terengganu 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Pas Terengganu menyangkal dakwaan parti itu berdepan krisis dalaman sebaliknya kepemimpinan parti teguh menyokong Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.

Ketua Penerangannya, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, isu yang dicetuskan pihak tidak bertanggungjawab di media sosial itu hanya bertujuan memporak-perandakan kedamaian dan kesejahteraan Pas negeri.

“Baik dalaman atau luaran parti tidak ada pergolakan yang berlaku, sebab itu apabila timbul isu ini kita agak terkejut dan tertanya antara satu sama lain.

“Bagi saya ini adalah cubaan pihak tidak bertanggungjawab untuk mengusik Pas, tetapi Alhamdullilah kita langsung tidak tergugat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Wan Sukairi berkata, laporan polis juga sudah dibuat terhadap sebuah portal berita berhubung kandungan laporan yang bersifat fitnah, tidak benar dan berniat jahat terhadap kredibiliti menteri besar.

Katanya, pentadbiran Kerajaan NegeriTerengganu beroperasi seperti biasa dan seterusnya menyerahkan kepada polis untuk melakukan siasatan lanjut berhubungan isu berkenaan. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya