Tiada kemasukan pekerja asing termasuk amah hingga hujung tahun ini - Utusan Malaysia

Tiada kemasukan pekerja asing termasuk amah hingga hujung tahun ini

M. SARAVANAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kemasukan pekerja warga asing yang baharu termasuk pembantu rumah tidak akan berlaku sehingga hujung tahun ini, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan.

Beliau berkata, pihaknya mengambil maklum dan prihatin dengan bebanan yang ditanggung majikan tempatan khususnya mengenai ketiadaan kemasukan pembantu rumah warga asing ketika pandemik Covid-19.

Beliau dan rakan sejawatnya iaitu Menteri Tenaga Kerja Republik Indonesia, Ida Fauziyah telah berbincang mengenai isu berkenaan secara dalam talian pada 6 Mei lalu.

Perbincangan itu katanya, bagi memulakan rundingan semula untuk memuktamadkan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) Pengambilan dan Penempatan Pekhidmat Domestik Indonesia (PDI) dengan segera.

“Dalam perbincangan tersebut, kedua-dua pihak bersetuju untuk memulakan rundingan mengenai MoU tersebut di peringkat pegawai-pegawai kanan kedua-dua kementerian.

“Rundingan ini bagaimanapun tertangguh susulan pelaksanaan ‘lockdown’ di Jakarta bermula 15 Jun sehingga 28 Jun ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Saravanan berkata, perbincangan antara Malaysia dan Indonesia akan dimulakan segera sebaik tempoh ‘lockdown’ di Indonesia tamat dan pegawai Kementerian Tenaga Kerja Republik Indonesia kembali bekerja.

“Isu pembantu rumah warga asing ini timbul ekoran daripada tiadanya kemasukan pekerja warga asing baharu ke negara ini daripada negara-negara sumber susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mulai 18 Mac tahun lalu,” jelasnya.

Menurut Saravanan, sebilangan besar daripada pembantu rumah warga asing di Malaysia adalah warga Indonesia.

“Sehingga 28 Februari lalu, terdapat seramai 73,173 pembantu rumah warga Indonesia di negara ini,” jelasnya.

Sementara itu, Saravanan berkata, Perdana Menteri telah mencapai persetujuan dengan Presiden Indonesia, Joko Widodo untuk mempercepatkan pemeteraian MoU PDI yang telah tamat pada 30 Mei 2016.

Persetujuan itu dicapai semasa lawatan kerja Perdana Menteri ke Indonesia pada 4 dan 5 Februari lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya