Thailand tutup enam tapak pembinaan sekitar Bangkok bendung penularan Covid-19 - Utusan Malaysia

Thailand tutup enam tapak pembinaan sekitar Bangkok bendung penularan Covid-19

SEORANG wanita memakai pelitup muka ketika berjalan di kedai yang tiada pelanggan di Bangkok. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Sekatan baharu yang berpusat di sekitar kota Bangkok diumumkan dalam usaha mengatasi penularan Covid-19 terburuk di negara ini.

Sekatan itu termasuk penutupan enam tapak pembinaan manakala pergerakan keluar masuk rumah buruh pembinaan juga dikawal ketat.

Menurut laporan Bangkok Post, perintah itu menyusul selepas muncul lebih banyak kluster di tapak pembinaan di ibu kota, yang memiliki 575 lokasi seperti itu yang menampung sekitar 81,000 pekerja.

Sejak Mei, 37 kluster ditemukan di kawasan dan rumah buruh pembinaan Bangkok.

Merujuk kepada dokumen disiarkan Royal Gazette, langkah-langkah baharu yang akan dilaksanakan selama 30 hari mulai esok termasuk larangan makan di dalam restoran di Bangkok dan lima wilayah sekitarnya iaitu Nonthaburi, Pathum Thani, Samut Praka, Samut Sakhon dan Nakhon Pathom.

Pusat membeli-belah di Bangkok dan lima wilayah mesti ditutup pada pukul 9 malam, dan pesta atau perayaan, atau aktiviti yang melibatkan perhimpunan lebih daripada 20 orang dilarang untuk jangka masa yang sama.

Pihak berkuasa akan mendirikan pusat pemeriksaan di Bangkok dan lima wilayah selain empat wilayah selatan iaitu Narathiwat, Pattani, Songkhla dan Yala.

#BangkokLockdown menjadi trend di Twitter.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya