Thailand nafi sekat eksport vaksin AstraZeneca - Utusan Malaysia

Thailand nafi sekat eksport vaksin AstraZeneca

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Thailand menafikan dakwaan bahawa kerajaan itu menyekat eksport bekalan vaksin Covid-19 keluaran AstraZeneca.

Lapor Bangkok Post, kenyataan itu dibuat oleh seorang wakil kerajaan negara itu selepas Taiwan mendakwa Thailand menyimpan dos vaksin Covid-19 yang dihasilkannya untuk keperluan domestik.

Jumaat lalu, Presiden Taiwan, Tsai Ing-wen berkata, negaranya sudah menempah sebanyak 10 juta dos vaksin dari pengeluar AstraZeneca, syarikat yang mana menghasilkan vaksin di Thailand.

Namun, dakwanya, Thailand mengutamakan vaksin Covid-19 untuk kegunaan negara itu sendiri.

“Thailand tidak menyekat mana-mana eksport bekalan vaksin AstraZeneca,” kata timbalan jurucakap kerajaan, Traisuree Taisaranakul menerusi Twitter.

Menurut Traisuree, perkara itu hanya boleh diputuskan oleh syarikat pengeluar vaksin dan bukannya kerajaan.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan sama ada komennya merujuk kepada syarikat biofarmaseutikal, AstraZeneca atau pengilang kedua, Siam Bioscience di Thailand.

Taiwan dan Thailand menyaksikan lonjakan kes Covid-19 sejak beberapa minggu lalu setelah berbulan-bulan berjaya menguruskan wabaknya dalam keadaan terkawal. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya