PM hargai sumbangan penjawat awam bantu perangi Covid

Terima kasih penjawat awam – PM

MUHYIDDIN YASSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Manifestasi penjawat awam menyumbang kepada usaha memerangi wabak pandemik Covid-19 dengan melakukan pemotongan pendapatan selama tiga bulan adalah usaha yang perlu dihargai.

Justeru, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyambut baik usaha diumumkan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali mengenai pemotongan Imbuhan Tetap Keraian (TK) dan Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA).

Muhyiddin berkata, usaha berkenaan adalah manifestasi kebersamaan kakitangan awam untuk bersama rakyat dan kerajaan dalam memerangi wabak apabila sumbangan mereka akan dimasukkan ke dalam Akaun Amanah Bencana Covid-19.

“Solidariti ini juga adalah cerminan sokongan penjawat awam terhadap perjuangan para ‘frontliners’ yang berusaha tanpa henti untuk membendung dan melindungi kita semua daripada jangkitan pandemik Covid-19. 

“Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada semua kakitangan awam yang terlibat secara langsung dan tidak langsung sepanjang lebih setahun menguruskan pandemik Covid-19 ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, menghargai usaha itu, beliau turut mendoakan penjawat awam supaya dijauhi daripada daripada ancaman Covid-19 dan diberkati oleh Allah SWT.

Saya doakan agar semua penjawat awam di seluruh negara, tidak kira apa pun peranan anda dalam perjuangan kita memerangi Covid-19 ini akan terus diberkati Allah SWT. Semoga kita semua dan Malaysia dilindungi daripada ancaman wabak ini. Insya-Allah,” ujarnya.

Semalam, Mohd. Zuki mengumumkan pemotongan pendapatan penjawat awam selama tiga bulan bermula bulan ini bagi kakitangan Gred 29 ke atas termasuk pengurusan tertinggi.

Penjawat awam yang terlibat dengan pelaksanaan pemotongan imbuhan itu adalah berdasarkan gred jawatan yang melibatkan 50 peratus bagi Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) A ke atas; JUSA B, 20 peratus dan JUSA C, 10 peratus.

Sementara kakitangan awam Gred 56 hingga Gred 44 pula akan melibatkan pemotongan Imbuhan Tetap Keraian (ITK) iaitu lima peratus sementara Gred 29 hingga 41 pula akan dipotong RM10 daripada Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya