Terengganu disaran mohon kebenaran sektor pelancongan beroperasi - Utusan Malaysia

Terengganu disaran mohon kebenaran sektor pelancongan beroperasi

RAZALI Idris (kanan) menyampaikan replika cek bernilai RM118,100 kepada wakil Persatuan Pelancongan Tasik Kenyir di Hulu Terengganu. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Kerajaan negeri disaran membuat permohonan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk membenarkan sektor pelancongan beroperasi semula di Terengganu.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah), Datuk Razali Idris berkata, langkah itu bakal membolehkan penggiat pelancongan kembali bernafas selepas terjejas teruk akibat pandemik Covid-19.

Katanya, saranan berkenaan selaras dengan perkembangan kes harian Covid-19 di Terengganu yang kini dua digit.

“Kelonggaran beroperasi akan melegakan penggiat sektor itu, malah di Tasik Kenyir rata-rata pengusaha pelancongan bersedia mematuhi syarat ketat di samping mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas menyerahkan replika cek bernilai RM118,100 kepada wakil Persatuan Pelancongan Tasik Kenyir di Tasik Kenyir di sini hari ini.

Razali berkata, bantuan khas secara one-off itu merupakan yang kedua selepas diagihkan buat pertama kali pada Jun tahun lalu membabitkan peruntukan sebanyak RM152,700 kepada 86 pengusaha rumah bot.

“Sumbangan fasa kedua kali ini melibatkan seramai 277 pengusaha pelancongan dengan 175 daripadanya yang sudah berkeluarga menerima RM500 manakala RM300 (bujang),” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya