NEW YORK: Kejohanan Tenis Terbuka Amerika Syarikat (AS) akan membenarkan kehadiran 100 peratus penyokong, kata Persatuan Tenis AS (USTA).
Selepas terpaksa menutup kejohanan itu kepada orang ramai akibat Covid-19 tahun itu, tikrt untuk kejohanan tahun ini akan mula dijual pada 15 Julai ini.
Kejohanan itu bagaimanapun akan mengikut prosedur kesalamatan yang ditetapkan CDC bagi mengekang penularan Covid-19.
“Kami teruja untuk membenarkan penonton kembali ke Terbuka AS.
“Kami merindui penyokong selepas mereka tidak dibenarkan hadir pada tahun lalu kami tahu mereka sememangnya mahu kembali ke lapangan untuk melihat sendiri Terbuka AS tahun ini,” kata Ketua Pegawai Eksekutif USTA, Mike Dowse.-AFP