PETALING JAYA: Bekas pelakon dan penceramah bebas, Zul Yahya meluahkan rasa terkilan setelah beberapa tempat beribadah dijadikan sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV).
Menerusi perkongsian di entri Instagram, pelakon itu kecewa apabila orang ramai keluar masuk rumah ibadah tersebut tanpa mengikut adab memasuki masjid.
“Kembalikan rumah-rumah Allah kepada kami umat-umat Islam. Rumah Allah bukan milik pemerintah, ianya milik yang Maha Memerintah.
“Jangan kita susahkan urusan agama. Lihat apa yang dah berlaku pada hari ini, sebagai ingatan buat kita semua.
“Teramat pedih hati kami melihat rumah-rumah Allah seperti ini…,” luahnya.
Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, rata-rata warganet turut meninggalkan komen tidak bersetuju apabila beberapa masjid dijadikan PPV.