Tayang tubuh, Ismail Izzani ditarbiah - Utusan Malaysia

Tayang tubuh, Ismail Izzani ditarbiah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Ismail Izzani, ditegur pelayar Instagram (IG) gara-gara menayang tubuh sasanya itu baru-baru ini.

Menurut salah seorang pengguna, penyanyi Luar Biasa itu tidak seharusnya ‘belanja’ aurat dan ia disifatkan sebagai aib yang wajib dijaga sebaik-baiknya daripada tercemar.

“Assalamualaikum Mail, maaf nak cakap. Sebaiknya tak usah kamu mempamerkan keaiban di dalam media sosial seperti IG ini. Kerana ia hanya menambah dosa orang yang melihatnya. Maaf sekadar menegur dan mengingatkan,” tegur pengguna IG itu.

Terdahulu, Ismail yang juga seorang penulis lagu, dilihat berkongsi foto tubuh sasanya itu yang memakai topi sambil mengangkat basikalnya sambil tersenyum.

Meninjau ruangan komen, ada juga seorang pengguna yang melayangkan pertanyaan berkenaan hukum menayang anggota badan yang memperlihatkan aurat kepada juara Pencetus Ummah musim ketiga, PU Syed Mohd Bakri Benyahya.

Kelakuan Ismail ‘payung’ tubuh badan sasanya itu bukan kali pertama. Sebelum ini dia juga pernah memuat naik foto di pusat kesihatan gimnasium.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya