Talian khidmat nasihat MyCareCovid-19 Jakim dihubungi rakyat Malaysia di UK - Utusan Malaysia

Talian khidmat nasihat MyCareCovid-19 Jakim dihubungi rakyat Malaysia di UK

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Inisiatif talian khidmat nasihat, MyCareCovid-19 yang diperkenalkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bukan hanya memberi manfaat kepada rakyat tempatan sebaliknya turut dihubungi rakyat Malaysia yang menetap di luar negara.

Jakim menerusi kenyataan memaklumkan, ada rakyat Malaysia yang menetap di United Kingdom (UK) turut menghubungi talian khidmat nasihat itu bagi berkongsi masalah yang dihadapi.

Menurutnya, kes dari UK itu adalah antara 125 kes yang berjaya disantuni Jakim sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 bermula 1 hingga 14 Jun lalu.

“Khidmat nasihat yang diberikan itu masing-masing diterima Jakim menerusi talian telefon, aplikasi WhatsApp, e-mel dan Google Form.

“Alhamdulillah, 125 kes berjaya dikendalikan yang merangkumi khidmat kaunseling keluarga, kaunseling peribadi, urusan nikah dan cerai, permohonan bantuan serta pertanyaan umum.

“Saluran khidmat nasihat ini akan diteruskan bagi tempoh PKP bersambung dari 15 hingga 28 Jun ini,” katanya di sini hari ini.

Jelas kenyataan itu, Jakim menerima 41 kes menerusi panggilan telefon, WhatsApp (57 kes), e-mel (empat kes) dan Google Form (23 kes).

Berdasarkan statistik diterima, kes paling tinggi diterima membabitkan urusan nikah dengan 57 kes diikuti kaunseling keluarga (36 kes), kaunseling peribadi (15 kes), lain-lain (11 kes), urusan cerai (tiga kes), rawatan Islam (dua kes) dan bantuan sumbangan (satu kes).

“Kebanyakan kes yang diterima didominasi oleh perempuan dengan 57 kes manakala 41 kes diterima daripada lelaki.

“Mengikut pecahan umur pula, individu berusia 20 hingga 29 tahun paling tinggi menghubungi saluran khidmat nasihat itu dengan 59 individu.

“Selain itu, kes tertinggi banyak diterima daripada individu dari Selangor dengan 50 kes diikuti Sarawak (25), Johor (11 kes), Negeri Sembilan (tujuh kes),” katanya.

Mereka yang mahu mendapatkan khidmat nasihat Jakim boleh menghubungi talian telefon 017-6609760, WhatsApp di talian 011-19598214 atau [email protected].

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya