Takut bertukar gembira selepas terima vaksin Covid-19 - Utusan Malaysia

Takut bertukar gembira selepas terima vaksin Covid-19

ZAITON Nasir menolak kerusi roda yang dinaiki Maziah Mahmud keluar dari Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam, selepas selesai menerima vaksin. - UTUSAN/MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Ketakutan pesara kerajaan, Maziah Mahmud, 68, mengenai kesan vaksin Covid-19 akhirnya bertukar kepada perasaan gembira apabila berjaya memperolehnya hari ini.

Sebelum ini katanya, dia agak sangsi untuk menerima vaksin setelah membaca pelbagai berita di media sosial.

“Namun setelah bertanya dengan jiran rumah yang sudah disuntik, baru terbit keyakinan untuk saya ambil vaksin.

“Jadi, lima hari lalu saya daftar di aplikasi MySejahtera dan semalam (Ahad), saya sudah dapat janji temu untuk dicucuk di sini,” katanya ketika ditemui di Pusat Pemberian Vaksin Institusi Pengajian Tinggi (PPV IPT) Mega Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam di sini.

Menurutnya, dia hanya perlu tunggu 15 minit untuk menerima vaksin sebelum menunggu 15 minit lagi bagi proses penilaian selepas dicucuk.

Sementara itu, Pengurus PPV IPT Mega UiTM Shah Alam, Dr. Zaiton Nasir berkata, pusat tersebut beroperasi bermula hari ini sehingga tarikh yang ditetapkan oleh kerajaan.

Menurutnya, PPV berkenaan mampu memuatkan 1,500 penerima vaksin dalam satu-satu masa dengan melibatkan 250 orang kakitangan yang terdiri daripada kakitangan Pusat Tanggungjawab (PTj) di UiTM Shah Alam.

“Setakat pukul 3.30 petang, kira-kira 600 penerima vaksin yang telah menghadirkan diri ke sini berbanding 750 orang yang sepatutnya hadir pada sesi hari ini.

“Saya harap, mereka yang sudah dapat temu janji di MySejahtera supaya menghadirkan diri demi kebaikan mereka serta orang sekeliling,” katanya.

Jelas Zaiton, PPV tersebut yang berlangsung di Dewan Agung Tuanku Canselor beroperasi setiap hari dari pukul 8 pagi hingga 5 petang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya