Takiyuddin hina Jawatankuasa Khas Bebas Darurat - Noh Omar - Utusan Malaysia

Takiyuddin hina Jawatankuasa Khas Bebas Darurat – Noh Omar

NOH OMAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar menyifatkan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan adalah satu penghinaan kepada Ahli Jawatankuasa Khas Bebas Darurat yang diperkenan pelantikannya oleh Yang di-Pertuan Agong.

Menurut Noh yang juga Ahli Jawatankuasa Khas Bebas Darurat, hal itu susulan kenyataan Takiyuddin itu bahawa Jemaah Menteri bertanggungjawab menasihatkan Yang di-Pertuan Agong membuat keputusan mengenai kedudukan tempoh darurat.

“Kalau Agong bertindak untuk sambung atau tamatkan darurat atas nasihat Kabinet, soalan saya kepada menteri kenapa melantik kami dan sekarang menafikan peranan kami semua? Apakah menteri merujuk kepada kenyataan Perdana Menteri mengenai peranan Jawatankuasa Bebas Darurat? 

“Saya minta menteri jelaskan apa sebenarnya peranan Jawatankuasa Bebas Darurat ini? Mengapa menteri-menteri Perikatan Nasional (PN) suka buat kenyataan yang bercanggah dan flip flop yang boleh mengelirukan rakyat?,” katanya dalam kenyataan.

 

TAKIYUDDIN HASSAN

Takiyuddin dilaporkan berkata, persoalan mengenai sama ada darurat tamat 1 Ogos ini atau sebaliknya bakal dibuat atas budi bicara Yang di-Pertuan Agong tidak harus timbul memandangkan menjadi tanggungjawab Jemaah Menteri untuk terus menasihati Seri Paduka dalam membuat sesuatu keputusan mengenai kedudukan tempoh darurat.

Ahli Parlimen Kota Bahru itu mengulas kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang dilaporkan media sebagai berkata sekiranya Proklamasi Darurat yang kini berkuat kuasa diangkat, maka tiada yang dapat menghalang Pilihan Raya Kecil dan Pilihan Raya Negeri yang sebelum ini tertangguh daripada diadakan.

Noor Hisham berkata bahawa kini hanya Yang di-Pertuan Agong yang mempunyai budi bicara sama ada keadaan darurat yang dijadualkan berakhir pada 1 Ogos depan perlu diteruskan atau tidak.

Dalam pada itu, Noh menjelaskan keputusan tidak membenarkan Parlimen bersidang menyebabkan para menteri hari ini membuat keputusan sesuka hari kerana tiada wujud proses semak dan imbang dalam kerajaan hari ini.

“Sebelum ini seorang menteri dah tutup pintu depan tapi ada pula menteri lain yang buka pintu belakang akibatnya jumlah mangsa Covid-19 semakin bertambah dan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 terpaksa disambung lagi dua minggu,” ujar beliau. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya