Tak payah rumitkan keadaan dengan pemilihan UMNO - Shahrir - Utusan Malaysia

Tak payah rumitkan keadaan dengan pemilihan UMNO – Shahrir

MAHATHIR
SHAHRIR ABDUL SAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pemimpin-pemimpin UMNO tidak seharusnya merumitkan keadaan dengan menuntut pemilihan parti untuk diteruskan dalam keadaan negara masih bertarung dengan pandemik Covid-19.

Veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata, adalah lebih baik pemimpin UMNO termasuk yang bergelar menteri menggesa pembukaan sidang Parlimen yang membuka ruang untuk membincangkan masalah rakyat.

Katanya, gesaan membuka Parlimen adalah lebih wajar kerana hanya melibatkan 222 Ahli Parlimen manakala pemilihan parti melibatkan 150,000 ahli UMNO yang terlibat dalam pengundian.

“Kenapa perlu rumitkan keadaan sedangkan penangguhan pemilihan parti disebabkan mematuhi arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang tidak membenarkan ia diadakan.

“Dalam keadaan sekarang (Covid-19), macam mana kita nak buat pemilihan UMNO yang melibatkan 150,000 ahli dari seluruh negara yang akan terlibat dalam pengundian?

“Hendak buka sidang Parlimen yang melibatkan 222 Ahli Parlimen pun susah sedangkan kesemua mereka sudah menerima dua dos vaksin berbulan-bulan yang lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan sumbangan kepada pemandu teksi dan e-hailing di hadapan Bangunan UMNO Bahagian Johor Bahru, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Johor Bahru, Mohd. Hairi Mad Shah.

Jumaat lalu, sebuah portal berita melaporkan bahawa UMNO hampir pasti menangguhkan pemilihan parti itu selepas majoriti ahli Majlis Tertinggi (MT) bersetuju untuk menangguhkannya selama 18 bulan berdasarkan perlembagaan parti.

Memetik laporan itu, kata sepakat itu dicapai melalui satu resolusi yang dibuat secara dalam talian.

Berdasarkan resolusi itu, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi akan kekal menerajui UMNO sehingga tahun 2023.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya