Syarikat perumahan bantu golongan miskin bandar - Utusan Malaysia

Syarikat perumahan bantu golongan miskin bandar

SUMBANGAN kotak makanan untuk golongan miskin bandar dan yang ditimpa musibah yang serahkan kepada MPTI di Teluk Intan. - UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN: Sebuah syarikat pemaju perumahan, Lagenda Properties Berhad menyumbangkan 100 kotak makanan kepada Majlis Daerah Teluk Intan (MPTI) untuk diagih kepada penduduk kategori miskin bandar dan yang ditimpa bencana di kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu.

Penolong Pengurus Perhubungan Awam Lagenda Properties Berhad, Wan Zakiah Wan Yacob berkata, sumbangan itu adalah melalui anak syarikat, Taraf Nusantara Sdn. Bhd. yang juga merupakan pemaju projek perumahan Lagenda Teluk Intan.

“Sumbangan ini adalah atas dasar keprihatinan dan menerusi inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat ini,” katanya ketika ditemui pada majlis penyampaian sumbangan kotak makanan di sini hari ini.

Sumbangan kotak makanan disampaikan oleh Pengurus Perhubungan Awam, Zainal Ahmad dan Pengurus Jualan Lagenda Properties, Ikhmal Hisham kepada Yang Dipertua MPTI, Ismail Ibrahim.

Menurut Wan Zakiah, sebelum ini, menerusi inisiatif CSR Lagenda Properties Berhad, syarikat itu telah memberikan bantuan yang sama kepada penduduk di PPRT yang terletak di laluan masuk tapak projek syarikat itu di Kampung Selabak di sini.

“Projek pembinaan di Lagenda Teluk Intan merangkumi keluasan lebih 1,000 ekar yang dibangunkan oleh Syarikat Taraf Nusantara Sdn. Bhd.,” katanya.

Katanya, Lagenda Properties Berhad telah memberi pelbagai bentuk bantuan melebihi RM150,000 bagi membantu meringankan beban mereka yang terkesan akibat penularan covid-19.

“Kami akan meneruskan program CSR seperti ini bagi membantu lebih ramai golongan yang mengalami kesukaran akibat Covid-19,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya