Switzerland akhirnya nikmati kemenangan - Utusan Malaysia

Switzerland akhirnya nikmati kemenangan

PENJAGA gol Turki, Ugurcan Cakir hanya mampu melihat namun bernasib baik apabila bola sepakan pemain tengah Switzerland Granit Xhaka sekadar menggegar tiang gol- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAKU, Azerbaijan – Switzerland mengakhiri kempen Euro 2020 dengan kemenangan selepas menewaskan Turki 3-1 pada aksi terakhir Kumpulan A, sebentar tadi.

Pada aksi di Stadium Olimpik Baku itu, skuad kendalian Vladimir Petkovic hanya memerlukan tempoh enam minit untuk membuka tirai jaringan menerusi ledakan Haris Seferovic.

Gol itu nyata menyuntik motivasi Switzerland untuk terus mengasak kubu Turki dalam usaha menambah jaringan dan usaha keras pasukan ranking ke-13 dunia itu membuahkan hasil apabila Xherdan Shaqiri meledakkan gol kedua pasukan pada minit ke-26.

Bersambung babak kedua, Turki berjaya merapatkan kedudukan menerusi jaringan Irfan Can Kahveci yang menyudahkan umpanan Hakan Calhanoglu pada minit ke-62.

Namun enam minit kemudian, bintang Liverpool Shaqiri kembali menjarakkan jurang jaringan dengan meledakkan gol kedua peribadi menerusi satu serangan balas pantas.

XHERDAN Shaqiri mempamerkan aksi cemerlang dengan meledakan dua gol ketika membantu Switzerland menang ke atas Turki pada kempen Euro 2020.-AFP

Biarpun menang, ia belum cukup untuk membawa Switzerland mara ke peringkat kalah mati selepas menduduki tangga ketiga Kumpulan A walaupun berkongsi empat mata dengan Wales namun dibezakan dengan perbezaan jaringan.

Bagaimanapun, peluang mereka masih terbuka untuk mara sebagai empat pasukan ketiga terbaik ke pusingan 16 terbaik namun terpaksa menunggu tamat saingan semua aksi peringkat kumpulan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya