Suspek love scam tipu ibu tunggal ditahan polis - Utusan Malaysia

Suspek love scam tipu ibu tunggal ditahan polis

POLIS turut merampas 14 keping kad bank yang didaftarkan atas nama individu lain, sampul kurier, pasport dan sebuah tablet iPad dalam serbuan di sebuah kondominium di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang lelaki warga Nigeria ditahan polis selepas dipercayai memperdaya seorang guru agama dengan cinta palsu sehingga menyebabkan wanita itu kerugian RM78,214, Mei lalu. 

Suspek berusia 38 tahun itu diberkas dalam serbuan Op Tiong kira-kira pukul 12 tengah hari di sebuah kondominium di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, kelmarin. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) negeri, Superintenden E. Sundra Rajan berkata, hasil risikan, serbuan berkenaan dilakukan sepasukan polis daripada Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka dan Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah. 

Katanya, suspek dipercayai melakukan kegiatan love scam menerusi platform media sosial Facebook dan menggunakan nama sebagai Mahmudin Jaafar. 

“Tangkapan dibuat susulan laporan dibuat oleh seorang guru agama, yang juga merupakan ibu tunggal mendakwa ditipu suspek sehingga kerugian RM78,214 pada 28 Mei lalu. 

“Mangsa mendakwa berkenalan dengan suspek melalui Facebook dan lelaki itu telah meluahkan perasaan cintanya melalui aplikasi WhatsApp,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Tambahnya, pemeriksaan dokumentasi  mendapati suspek masuk ke negara ini sejak Mac tahu lalu menggunakan pas lawatan yang kini telah tamat tempoh. 

Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya percaya kegiatan itu membabitkan rangkaian beberapa individu lain dan polis sedang giat mengesan suspek terlibat. 

“Dalam serbuan itu, polis turut merampas 14 keping kad bank yang didaftarkan atas nama individu lain, sampul kurier, pasport dan sebuah tablet iPad.

“Suspek kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” jelasnya.

Sebelum ini, pada 10 Jun lalu, Utusan Malaysia melaporkan, seorang ibu tunggal terpaksa berputih mata apabila wang simpanannya bernilai RM78,214 lesap ditipu, gara-gara mempercayai seorang lelaki yang baru dikenalinya melalui laman sosial Facebook. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya