Suami tak pernah suruh melawa - Nana Mahzan - Utusan Malaysia

Suami tak pernah suruh melawa – Nana Mahzan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Penyanyi dan pengacara, Nana Mahazan, 38, mendedahkan, suaminya, Mohammad Raqeem Brian Abdullah, tidak pernah memaksa atau menyuruh dirinya sentiasa kelihatan cantik walaupun cuma berada di rumah.

Menurut Nana atau nama sebenarnya, Nurul Hana, setiap wanita harus ada kesedaran untuk menjaga diri sebagai satu daripada cara menghargai diri sendiri.

“Pengikut dan peminat dalam Instagram sudah tahu sebelum mula memasak di dapur, saya memang akan pastikan diri mandi dan bersiap cantik.

“Ada yang fikir, saya melawa-lawa itu cuma untuk kagumkan suami. Kalau nak tahu, adakala dia tak perasan pun baju apa yang saya pakai. Dia tak pernah suruh pun saya melawa-lawa, pakai gincu, pakai rantai dan sebagainya di rumah.

“Kalau saya selekeh sekali pun, dia tetap menerima seadanya. Cuma nak melawa itu kerana saya sendiri yang suka. katanya.

Nana berkata demikian dalam satu perkongsian di Instagram Story (IGS) semalam.

Selain itu, kata Nana, dia sentiasa percaya bahawa setiap wanita perlu ada sifat sayangkan diri sendiri dan melakukan sesuatu perkara yang baik itu untuk diri dan bukannya demi orang lain semata-mata.

“Sifat sayangkan diri ini kena datang daripada diri anda sendiri. Ada satu artikel yang pernah saya baca, kebanyakan lelaki suka tengok perempuan lain kerana biasanya, wanita yang belum berkahwin ini lebih pandai menjaga diri.

“Mungkin ada benarnya kerana kebanyakan wanita yang sudah berkahwin, apabila dia sudah bergelar isteri atau ibu, ramai yang seringkali terlupa untuk menjaga diri kerana kesibukan menjaga keluarga,”katanya.

Bagaimanapun, kata Nana, dia sedar, setiap orang memiliki cara tersendiri bagaimana mereka mengklasifikasikan konteks menjaga dan sayangi diri.

“Cuma, saya nak tekankan di sini, jangan buat sesuatu itu kerana orang. Buatlah kerana anda nak buat dan diri sendiri merasa senang hati dengannya. Ingat, sebelum kita nak orang lain sayangkan kita, sayangilah diri sendiri dahulu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya