PUTRAJAYA: Status pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dilajutkan atau sebaliknya hanya akan diumumkan esok.
Menurut sumber, kenyataan yang tersebar hari ini yang menyatakan tempoh pelaksanaan PKP 3.0 itu disambung dua minggu lagi adalah palsu.
Dalam kenyataan itu menyebut, perintah PKP 3.0 disambung berkuat kuasa 29 Jun hingga 12 Julai ini adalah sebagaimana keputusan Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Keputusan itu dibuat setelah mengambil kira jumlah kes harian masih tinggi dengan purata kes baharu sehingga semalam mencatatkan 5,841 kes. – UTUSAN ONLINE