SPRM tidak kompromi salah laku pegawai - Utusan Malaysia

SPRM tidak kompromi salah laku pegawai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak berkompromi terhadap kegiatan salah laku, jenayah atau apa-apa perlanggaran undang-undang oleh pegawainya. 

Perkara itu jelas apabila SPRM diberi izin oleh Pejabat Peguam Negara bagi melakukan pertuduhan seorang pegawai suruhanjaya berkenaan bersama seorang lagi tertuduh atas kesalahan rasuah di Mahkamah Seksyen 1 Shah Alam, di sini hari ini.

SPRM dalam satu kenyataan memberitahu, pegawai berkenaan iaitu Shahrul Izuan Mohd Zin, 41, dituduh bersubahat dengan Teoh Peng Sin, 55, bagi menerima suapan wang tunai berjumlah RM100,000.

Kata kenyataan itu, suapan itu sebagai dorongan untuk tidak melakukan siasatan terhadap seorang individu di bawah kesalahan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613).

“Kedua-dua tertuduh ditahan oleh SPRM pada 14 April 2021 dan pertuduhan hari ini dilakukan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen 1 Shah Alam, Yang Arif Puan Rozilah Salleh.

“Pegawai terbabit juga sebelum ini pernah ditahan polis berkaitan kes siasatan di bawah Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (SOSMA) 2012. Bagaimanapun pertuduhan hari ini tiada kaitan dengan kes tersebut,” kata SPRM di sini hari ini.

Tambah kenyataan itu, tindakan tegas akan diambil SPRM terhadap mana-mana pegawai agensi ini yang melakukan perkara tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya