SPM 2020 catat sejarah tersendiri - Utusan Malaysia

SPM 2020 catat sejarah tersendiri

peperiksaan
SERAMAI 4,634 orang calon berdaftar bakal menduduki peperiksaan STAM tahun 2022.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 buat pertama kali dalam sejarah menyaksikan proses pengeluaran keputusan disingkatkan daripada 90 hari kepada 76 hari.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, usaha itu dilakukan dengan secara menyeluruh di samping membuat penambahan sumber serta menekankan aspek kualiti dalam permarkahan.

Beliau menjelaskan, ia merupakan antara perubahan dilakukan Kementerian Pendidikan setelah berhadapan cabaran pandemik Covid-19 yang menyaksikan tarikh peperiksaan ditangguhkan beberapa kali.

Radzi menambah, antara pembaharuan lain dilakukan pihaknya adalah percetakan dan pengedaran sijil SPM dipercepatkan daripada enam bulan kepada sebulan dan pemeriksaan skrip jawapan secara dalam talian.

Menurutnya, proses digitalisasi dilaksanakan secara normal baharu apabila keputusan SPM boleh diperoleh secara dalam talian.

“Selain itu, buat pertama kali dalam sejarah keputusan SPM boleh disemak atas talian iaitu merupakaan pendekatan digitalisasi kita di kementerian dengan pertamanya adalah berkaitan SPM. Slip rasmi boleh diperoleh dalam talian berbanding sebelum ini pelajar pergi ke sekolah,” katanya dalam sidang akhbar akhbar di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan, keputusan peperiksaan SPM boleh didapati pada hari ini menerusi myresult1.moe.gov.my dan myresult2.moe.gov.my.

“Slip keputusan rasmi dengan jata dan kod QR pula diperoleh pada 14 Jun ini menerusi laman myresult3.moe.gov.my. Para pelajar akan menerima sijil peperiksaan itu mulai 10 Julai ini dengan secara berperingkat,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN