Solat awal waktu rahsia kejayaan pelajar cemerlang STAM - Utusan Malaysia

Solat awal waktu rahsia kejayaan pelajar cemerlang STAM

I'ZZAH I'zzati Noor Izuddin (tengah) berkongsi kegembiraan dengan ibu, Yaitong Samae dan bapanya, Noor Izuddin Kamaruddin ketika menyemak keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di kediamannya di Gong Badak, Kuala Nerus. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Solat di awal waktu menjadi rahsia kejayaan I’zzah I’zzati Noor Izuddin, 19, hingga memperoleh keputusan cemerlang 9 mumtaz, 1 jayyid jiddan dalam peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

I’zzah I’zzati berkata, amalan menjaga hubungan dengan Allah SWT merupakan keutamaannya sejak dahulu lagi di samping taat kepada ibu bapa.

“Selain itu, ukhwah sesama kawan juga sentiasa dipelihara dan saya sentiasa berterima kasih kepada guru-guru yang tidak jemu memberi tunjuk ajar terutama ketika sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).

“Kejayaan ini merupakan hadiah untuk abah, Noor Izuddin Kamaruddin sempena hari bapa, Ahad ini.

“Saya merancang untuk melanjutkan pengajian di Universiti Al-Azhar, Mesir dalam bidang pengajian Islam dan Usuluddin,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Gong Badak di sini hari ini.

I’zzah I’zzati yang merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin (SMAASZA) berkata, dia turut berdepan kesukaran sepanjang tempoh PdPR lalu.

“Memang berbeza apabila belajar dalam sesi PdPR tetapi hikmahnya saya boleh mengambil masa untuk menghafal dan cikgu sentiasa ada walaupun tidak bersemuka,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya