SMK Presint 9(1) juara Kuiz Seri Paduka Baginda - Utusan Malaysia

SMK Presint 9(1) juara Kuiz Seri Paduka Baginda

ENAM peserta dari dua sekolah pada pusingan akhir Kuiz Seri Paduka Baginda 2021 bersama empat juruhebah PutrajayaFM yang disiarkan semalam. – IHSAN PERSATUAN GENEALOGI MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Presint 9(1) muncul sebagai juara sulung Kuiz Seri Paduka Baginda 2021 yang diadakan secara dalam talian semalam.

Pertandingan dianjurkan Persatuan Genealogi Malaysia dan stesen radio dalam talian tempatan, PutrajayaFM bersempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong pada 7 Jun lalu.

“Walaupun suasana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, sembilan sekolah di Putrajaya mengambil bahagian dalam kuiz ini,” jelas Presiden persatuan itu, Megat Iskandar Megat Zaharuddin.

Ia disiarkan secara langsung melalui PutrajayaFM dengan menyaksikan 27 peserta perlu menjawab 15 soalan dalam pusingan pertama yang digubal khas oleh persatuan berkenaan.

Lima sekolah dengan markah tertinggi mara ke pusingan kedua serta perlu menjawab soalan menerusi kaedah siapa cepat dia dapat, yang menggunakan aplikasi ‘buzzer’ maya.

Pusingan akhir menyaksikan SMK Presint 16(1) dan SMK Presint 11(1) terpaksa ditentukan melalui satu soalan pemutus seri untuk kedudukan ketiga dan keempat.

“Pasukan SMK Presint 16(1) diisytiharkan menang setelah memberi lima jawapan berbalas hanya satu untuk soalan siapakah penandatangan Perjanjian Kemerdekaan 1957,” katanya.

Begitu juga penentuan pemenang pusingan akhir apabila dua sekolah mempamerkan prestasi cemerlang dengan beza markah rapat sebelum SMK Presint 5(1) akur selaku naib juara.

SMK Presint 9(1) diwakili Nur Syahira Zaihirman, Muhammad Hafiz Che Hashim, Mohamad Hifzham dan peserta simpanan, Harith Huzair Effendy dinobatkan sebagai johan.

Dalam pada itu, Penerbit Eksekutif PutrajayaFM, Mohd. Khaidir Redza berkata, kuiz ilmiah topik kenegaraan haruslah diterap remaja agar kukuh jati diri dan penghayatan institusi diraja.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya