Sindiket pelacuran pindah randah ketika PKP dilumpuh JIM - Utusan Malaysia

Sindiket pelacuran pindah randah ketika PKP dilumpuh JIM

SEBAHAGIAN pelacur yang ditangkap Jabatan Imigresen di sebuah hotel di Taman Maluri, Cheras, Kuala Lumpur. - GAMBAR HIASAN/JIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen (JIM) melumpuhkan satu sindiket pelacuran yang menggunakan aplikasi Wechat, Telegram dan Link bagi mendapatkan pelanggan dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengaburi pihak berkuasa di sebuah hotel di Taman Maluri, Cheras, dekat sini semalam.

Ketua Pengarahnya, Datuk Indera Khairul Dzaimee Daud berkata, seramai 25 orang termasuk 15 wanita, tiga pelanggan dan tujuh lelaki tempatan dipercayai ahli sindiket gagal melarikan diri ketika serbuan dilakukan pada pukul  7 petang. 

Katanya, seramai 15 wanita yang terdiri daripada 11 warga Thailand, tiga warga Vietnam dan seorang warga Indonesia berusia antara 19 hingga 34 tahun.

“Siasatan dilakukan mendapati tujuh lelaki tempatan bekerja sebagai penyelia atau dipanggil ‘captain’ dan pengurus operasi di mana mereka beroperasi dari satu hotel ke hotel yang lain setiap dua minggu. 

“Mereka beroperasi di tingkat tiga hotel tersebut menggunakan bilik yang didaftar menggunakan nama warga tempatan yang disyaki bertindak sebagai penjaga bagi semua pelacur warga asing tersebut manakala hanya pelanggan yang dikenali sahaja dibenarkan melanggan malah aktiviti itu diketahui pihak pengurusan hotel itu sendiri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Khairul Dzaimee berkata, perkhidmatan seks bermula dari RM230 hingga RM500 bagi tempoh 45minit yang memerlukan pelanggan membayar terlebih dahulu  kepada penjaga di lobi hotel sebelum diberikan nombor bilik wanita yang ditempah. 

Katanya, separuh daripada bayaran akan diambil oleh majikan manakala selebihnya merupakan tips untuk wanita warga asing bagi setiap pelanggan. 

“Dalam pemeriksaan itu, kami merampas kondom, minyak pelincir, kad akses bilik, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) hotel dan telefon bimbit. Seramai tiga  pelanggan dan pekerja hotel yang berada di lokasi diberikan notis untuk hadir memberi keterangan bagi membantu siasatan melibatkan kesalahan tiada dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa, dan lain-lain kesalahan yang melanggar Akta Imigresen. 

“Kesemua tahanan akan dibawa ke Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Putrajaya bagi menjalani ujian saringan Covid-19 sebelum ditempatkan di Depot Imigresen Lenggeng, Negeri Sembilan untuk siasatan mengikut Akta Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM), Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” katanya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya