SPRM bongkar sindiket judi haram - Utusan Malaysia

SPRM bongkar sindiket judi haram

ANTARA barangan yang dirampas SPRM  dalam serbuan di sebuah premis di Bandar Tawau, Sabah, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Tindakan anggota penguat kuasa melindungi aktiviti perjudian haram akhirnya terbongkar susulan serbuan yang dilakukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di bandar Tawau hari ini.

Susulan itu, beberapa siri tangkapan dijangka akan dilakukan ke atas anggota penguat kuasa yang terlibat dalam aktiviti rasuah itu.

Pengarah SPRM Sabah, S. Karunanithy berkata, serbuan pada pukul 11 pagi ke atas premis perjudian dalam talian itu membawa kepada tangkapan tiga suspek warga tempatan iaitu seorang lelaki berusia 42 tahun dan dua wanita berusia 23 dan 57 tahun.

Dipercayai lelaki tersebut adalah ketua kumpulan yang menjalankan aktiviti perjudian haram di sekitar bandar Tawau.

Semasa serbuan, SPRM turut merampas wang tunai berjumlah RM40,000 dan sitaan akaun berjumlah lebih RM300,000 melibatkan empat buah akaun bank milik lelaki berkenaan.

“Kita percaya ia adalah hasil daripada kegiatan aktiviti perjudian haram tersebut. Justeru, SPRM turut melaksanakan Perintah Pembekuaan Akaun di bawah Seksyen 44 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 (Akta 613) ke atas akaun bank milik suspek.

“Kita percaya lelaki ini telah memberikan wang rasuah kepada beberapa anggota agensi penguat kuasa di sekitar Tawau bagi melindungi kegiatan perjudian haram yang dijalankannya sejak tahun lalu,” katanya dalam kenyataan di sini.

Kesemua suspek disiasat di bawah Seksyen 16(b)(B) Akta SPRM 2009 dan AMLATFPUAA 2001.

Ketiga-tiga individu tersebut akan direman di Mahkamah Sesyen Tawau esok bagi membantu siasatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya