Sidang khas Parlimen sebelum Ogos?  - Utusan Malaysia

Sidang khas Parlimen sebelum Ogos? 

- GAMBAR HIASAN/UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sidang parlimen khas berhubung Covid-19 dipercayai akan diadakan sebelum Ogos ini. 

Memaklumkan perkara itu kepada Utusan Online, sumber berkata, hasrat tersebut dinyatakan Yang di-Pertuan Agong ketika pertemuan bersama Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun dan Speaker Dewan Negara, Tan Sri Dr. Rais Yatim bersama lima Timbalan Yang Dipertua di Istana Negara, hari ini.

“Majlis itu dibuat atas dasar inisiatif usaha Tuanku nak mendapatkan maklumat dan keadaan terkini berhubung Covid-19 di sektor Parlimen Malaysia dan bagaimana persiapan untuk persidangan yang dijadualkan tidak berapa lama lagi.

“Kemungkinan bulan Ogos supaya komitmen Parlimen itu tidak disia-siakan dan diberi kuasa demoktratik untuk membincangkan hal berkaitan Covid-19,” katanya.

Bagaimanapun, menurut sumber itu lagi, hasrat Seri Paduka itu akan dibawa kepada Ketua Majlis iaitu Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk memutuskan tarikh persidangan khas berkenaan.

Dalam hal ini, jelas sumber yang turut menghadiri pertemuan menghadap Yang di-Pertuan Agong hari ini berkata, Perdana Menteri harus menghormati hasrat Seri Paduka itu berikutan Tuanku adalah Ketua Mercu Parlimen iaitu memegang kuasa tertinggi dalam institusi Parlimen.

“Tarikh persidangan khas Parlimen akan ditakwimkan Perdana Menteri, mungkin dua hari, mungkin lima hari. Kemudian persidangan biasa akan dibuat pula pada hujung Ogos nanti,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya