Siasatan MB Kedah pandu uji kenderaan dirujuk ke Bukit Aman - Utusan Malaysia

Siasatan MB Kedah pandu uji kenderaan dirujuk ke Bukit Aman

GAMBAR dirakam netizen yang mendakwa Muhammad Sanusi Md. Nor memandu uji sebuah kenderaan di Autocity, Juru, Pulau Pinang seperti yang tular dalam media sosial.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM: Kertas siasatan berhubung kes Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md. Nor yang didakwa memandu uji kenderaan di sebuah pusat jualan dan pameran kenderaan di Autocity Juru di sini pada Sabtu lalu telah dirujuk ke Bukit Aman.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abdul Samad berkata, kes itu dirujuk ke Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman untuk diambil tindakan selanjutnya.

“Kes ini masih dalam siasatan dan selepas semuanya selesai, kertas siasatan akan dirujuk ke pejabat pendakwaan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Polis sebelum ini memaklumkan Muhammad Sanusi disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan 17(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.

Siasatan itu ekoran laporan polis dibuat seorang individu selepas gambar yang mendakwa beberapa individu termasuk dipercayai Muhammad Sanusi memandu uji sebuah kereta di pusat jualan dan pameran kenderaan di Autocity Juru ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 tersebar di dalam media sosial.

Kejadian itu didakwa berlaku pukul 6.30 petang Sabtu lalu yang mana Muhammad Sanusi dilihat datang ke pusat terbabit bersama dua lelaki dengan menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Alphard milik Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd (SADA).

Selain Muhammad Sanusi, polis turut mengambil keterangan sembilan individu lain bagi membantu siasatan iaitu pengadu termasuk seorang wanita yang merakam video di lokasi kejadian; dua kakitangan syarikat jualan kereta, seorang pemandu serta pengiring kepada Menteri Besar Kedah berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya